Nisan kerek
Nisan kerek

Nisan kerek

Nisan kerek (Kelantan-Pattani: Nise kerek/นิแสแกเร็ก, Terengganu: Nisang Kerek) merujuk kepada manisan yang dihasilkan dari mayang pokok Kelapa.[1]. Kerek merujuk kepada gelung mengkuang yang menjadi pemegang manisan tersebut. Ia digunakan bagi menghasilkan pelbagai kuih, juga cokelat. Cokelat yang dihasilkan dari nisan dikenali sebagai cokelat nisan.Di Terengganu, perusahaan membuat manisan ini banyak terdapat di kampung Batangan[2] dan Kampung Jenang[3] yang terletak di dalam daerah Marang. Kebanyakan proses membuatnya adalah masih bersifat tradisional dan diusahakan secara berkeluarga. Beberapa perusahaan manisan di kampung ini mendapat sokongan daripada Yayasan Pembangunan Ushawan Terengganu yang banyak membantu mereka yang berminat didalam Industri Kecil dan Sederhana. Setiap keluarga biasanya mempunyai seorang penyadat atau mereka yang arif dalam soal memanjat pokok kelapa untuk menarah mayang dan mengumpulkan rembesan mayang yang boleh digunakan bagi menghasilkan air tuak, atau dimasak sehingga menjadi pekat untuk penghasilan nisan. Ia kemudian akan dituang kedalam gelung bulat yang dikenali sebagai keret dan dibiarkan menjadi keras. Nisan ini kemudian akan dibungkus untuk dijual.